PETALING JAYA: Anak perempuan kepada pelakon terkenal Hollywood, Suri Cruise nekad mengubah nama keluarga setelah lebih 10 tahun diabaikan oleh bapanya, Tom Cruise.
Menurut kenyataan daripada Hello!, Suri Cruise sudah pun menggugurkan nama bapanya itu selepas menyambut ulang tahun ke-18 pada April lalu.
Kini, Suri menggunakan nama baharu iaitu Suri Noelle dan dimasukkan ke dalam buku program produksi muzikal di sekolahnya.
Katanya, nama itu diambil sempena nama ibunya iaitu Katie Holmes yang juga merupakan pelakon terkenal di Hollywood suatu ketika dahulu.
“Saya mengambil tindakan ini kerana saya tidak mahu lagi memiliki sebarang perkaitan bersama ayah kandung sendiri, memandangkan hampir 10 tahun saya tidak pernah berjumpa dengannya.
“Sudah lama saya memendam rasa kecewa ini dan saya merasakan ini sebagai satu tindakan yang tepat,” jelasnya.
Tom Cruise, 61 dan Katie, 45, mengikat tali perkahwinan pada 2006 dan kemudiannya bercerai pada tahun 2012.
Sejajar dengan penceraian itu,Katie telah mendapat hak penjagaan tunggal kepada anak perempuannya, Suri Cruise, 18.
Menerusi temu bual bersama Daily Mail pada Mac 2023, Suri mengatakan bahawa bapanya sama sekali tidak pernah berada dalam kehidupan remejanya.