Uqaira, nama puteri sulung Uqasha Senrose dan Kamal Adli - Utusan Malaysia

Uqaira, nama puteri sulung Uqasha Senrose dan Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas pasangan Intan Ladyana dan Haris Alif, kini tiba giliran pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli pula berkongsi berita gembira mengenai kelahiran zuriat pertama mereka.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Uqasha berkongsi beberapa keping gambarnya bersama puteri sulung yang baru dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pagi tadi.

Menerusi hantaran tersebut, Uqasha dan Kamal sepakat menamakan cahaya mata mereka, Uqaira.

Dalam pada itu, aktres tersebut turut meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi perempuan yang seberat 2.72 kilogram itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah selamat melahirkan my little princess subuh tadi. Welcome to the world, sayangku. I love you so much Uqaira sayang,”kstanaya.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya