Sharifah Rose pernah dihalau keluar, tak mampu bayar sewa rumah - Utusan Malaysia

Sharifah Rose pernah dihalau keluar, tak mampu bayar sewa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Sharifah Rose, mendedahkan pernah berdepan kesukaran hidup sebelum bergelar selebriti.

Bercerita mengenai peristiwa yang terjadi semasa di bangku sekolah, kata Rose, keluarganya ketika itu mempunyai masalah kewangan sehingga tidak mampu membayar sewa rumah.

“Semasa di tingkatan lima, bapa saya sakit dan tidak boleh bekerja. Ibulah yang menyara keluarga. Oleh sebab saya anak sulung, saya nampak semua kesusahan itu.

“Suatu pagi saya dengar ada bunyi bising-bising. Bila saya turun ke bawah, nampak ibu sedang menangis kemudian minta kami kemas barang untuk keluar daripada rumah.

“Tuan rumah hanya beri masa dua hari sahaja untuk pindah,” katanya dalam satu program temu ramah.

Kesusahan lalu membuatkan pelakon Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu bertekad untuk membalas semua jasa dan pengorbanan ibunya, Noraini Dahlan.

“Saya pernah nak minta RM50 buat beli kain sekolah sebab sudah ketat. Tapi saya tahu kami tak mampu. Apatah lagi nak beli makanan cepat saji. Inilah yang saya lalui tapi orang tak tahu.

“Habis sekolah memang niat saya nak bantu keluarga. Sehingga kini, itulah apa yang ada dalam hati saya setiap kali pergi kerja.

“Saya tidak mahu mereka lalui lagi kesusahan hidup seperti dulu. Sebab itu apa sahaja kemahuan ibu, saya akan berusaha tunaikan. Tahun ini dia mahu menunaikan haji, saya mesti berusaha keras,” katanya.

Bagaimanapun, pemenang anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 itu bersyukur kerana pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk merendah diri.

“Rezeki yang kita hari ini adalah untuk dikongsi kepada keluarga. Tak ada keluarga sempurna, setiap keluarga mesti ada dugaannya. Baik buruk ibu bapa di situlah syurga kita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya