Saya tidak tahu Ippo Hafiz di mana - Isteri - Utusan Malaysia

Saya tidak tahu Ippo Hafiz di mana – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Isteri kepada komposer dan penyanyi, Ippo Hafiz, Fara Roslan, 36, mendedahkan suaminya tidak mengangkat telefon dan sukar dihubungi sejak Februari lalu.

Menurut Fara, tindakan suaminya itu turut membuatkannya sukar bertemu anak keduanya, Ibrahim yang mana mengikut persetujuan awal, anak lelaki berusia 2 tahun itu akan dijaga oleh Ippo.

“Dari bulan dua Ippo tak dapat dihubungi. Saya cuba telefon tapi tidak berjawab. Saya tidak tahu dia di mana,” katanya.

Fara ditemui Utusan Malaysia semasa prosiding kedua tuntutan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Ampang hadir bersama peguam syarie, di sini, hari ini.

Bukan itu sahaja, Fara turut mempersoalkan kenyataan Ippo sebelum ini yang mengatakan dia tidak menghalangnya untuk bertemu anak kedua, Ibrahim yang kini tinggal bersamanya.

“Saya ada bukti menyatakan dia tidak angkat panggilan telefon saya.Saya cuma risaukan anak sahaja. Yang lain tiada masalah.

“Katanya dia jaga anak saya, mengapa saya tidak boleh berjumpa dengannya?,”ujarnya.

Terdahulu, pada 12 Mac, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan pertama kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Fara Roslan.

Tuntutan itu dibuat selepas Ippo mendakwa isterinya tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.

Pihak Ippo bagaimanapun tidak menerima sebarang notis rasmi permohonan cerai dan hadanah oleh pihak Fara.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua orang anak.

Anak pertama mereka iaitu Yusof yang berusia empat tahun bagaimanapun kini berada dalam jagaan Fara sepenuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya