Saya tak boleh mungkir janji - Fauziah Nawi - Utusan Malaysia

Saya tak boleh mungkir janji – Fauziah Nawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi mendedahkan, dia terpaksa menolak tawaran Datuk Siti Nurhaliza untuk mengerjakan umrah pada hujung April ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Fauziah mengakui terpaksa menolak tawaran itu berikutan telah terikat dengan tawaran kerja dengan sebuah produksi tempatan.

Katanya, dia sangat bersyukur ditawarkan untuk mengerjakan umrah dibawah tajaan pihak Yayasan Nurjiwa itu.

“Saya sangat bersyukur dan terharu dengan tawaran ini, tetapi dengan rendah hati saya terpaksa menolak atas perjanjian tugas yang telah dipersetujui.

“Saya doakan semoga Allah merahmati rezeki Datuk Seri Siti Nurhaliza dan keluarga,” katanya.

Fauziah telah membuat perkongsian di Facebook miliknya pada sabtu lalu berkenaan tawaran yang diterima daripada Yayasan Nurjiwa untuk mengerjakan umrah pada 27 April hingga 6 Mei 2024.

Dalam pada itu, dia berharap doanya dimakbulkam untuk mengerjakan umrah atau haji bersama ahli keluarga yang lain termasuk anak, menantu, cucu dan ipar duai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya