Saya makan semua kecuali Nasi Kandar - Uyaina Arshad - Utusan Malaysia

Saya makan semua kecuali Nasi Kandar – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, mendedahkan, sepanjang melalui fasa kehamilan kedua, dia tidak berdepan dengan sebarang masalah termasuk mengidam makanan yang pelik.

Menurut Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, pengalaman yang sama turut dirasakan sewaktu mengandungkan anak pertamanya, Raja Urhan Raja Syahiran dua tahun lalu.

“Soalan yang selalu saya dapat sewaktu mengandung, ‘tak ada mengidam apa-apakah masa mengandung ini?’

“Sejujurnya, tak bohong, saya memang tak ada mengidam apa-apa. Tak ada teringin makan apa-apa yang terlalu melampau atau kalau tak dapat boleh merajuk atau meleleh air liur. Alhamdulillah.

“Kehamilan pertama dan kedua ini sama. Tak ada mengidam teruk. Cuma selera makan sahamja yang lain,”katanya.

Uyaina berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, semalam.

Jelas Uyaina, sewaktu mengandungkan Urhan, dia mendapati selera makannya cenderung ke arah apa sahaja makanan yang dinikmati oleh suaminya, Raja Syahiran.

“Masa mengandungkan Urhan, selera saya ikut selera Syahiran. Hari-hari makan Nasi Kandar pun tak apa. Pasta langsung tak suka. Itulah sebab Urhan suka makan Maruku. Lepas itu, Syahiran yang banyak mengidam sampai tahap merajuk atau merenggus kalau tak dapat.

“Kehamilan kedua kali ini pula, saya makan semua benda kecuali Nasi Kandar. Tapi kalau dah terpaksa makan, saya okey sahaja.

“Cuma kalau boleh elak, memang tak nak makan Nasi Kandar. Makanan Jepun, Korea, lauk-lauk Melayu kampung, pasta, semua saya makan,”katanya.

Dalam pada itu, Uyaina juga berkongsi mengenai pengalaman yang diceritakan oleh ibunya, Siti Noor Farah Jaafar, sewaktu mengandung.

“Masa ibu mengandungkan abang sulung dan kedua, dia ada mengidam yang sangat pelik. Dia teringin makan buah anggur. Tetapi bukan sekadar buah anggur. Dia mengidam makan buah anggur dalam dulang hantaran orang kahwin itu.

“Kelakar bukan bila cerita pasal mengidam ini,”katanya.

Uyaina mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raja Urhan.

Sebelum ini, Uyaina pernah memaklumkan dirinya mengalami keguguran sekitar Mei tahun lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya