Niat mahu beraya di Medan, tak sangka jadi majlis bersanding pula - Fendy Bakry - Utusan Malaysia

Niat mahu beraya di Medan, tak sangka jadi majlis bersanding pula – Fendy Bakry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Fendy Bakry mengakui tidak menyangka kunjungannya ke Medan, Indonesia bersama isteri, Ayu Afnizar, sempena menyambut lebaran baru-baru ini kemudiannya bertukar menjadi sebuah majlis persandingan.

Menurut Fendy, dia berbesar hati menuruti kemahuan keluarga sebelah isterinya itu yang mahu meraikan mereka sebagai pasangan pengantin mengikut budaya masyarakat tempatan.

“Niat saya dan isteri ke Medan hanyalah ingin menyambut hari raya Aidilfitri dan kebetulan pula ibu-ibu saudaranya mahu melihat kami bersanding di sini dalam sebuah majlis.

“Pada majlis yang sama, adik-adik isteri saya turut diraikan. Majlis kecil-kecilan itu cuma dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja,”katanya.

Tambah Fendy, pada majlis persandingan itu, dia dan isteri telah menggayakan persalinan adat Jawa dan disambut dengan meriah.

Pelakon Mr Grey dan Tak Sempurna Mencintaimu ini juga meluahkan rasa gembira dan terharu dengan sambutan yang dibuat memandangkan semasa menikahi Ayu pada tanggal 30 Ogos 2020, dia tidak berpeluang mengadakan sebuah majlis besar berikutan dunia sedang dilanda wabak Covid-19.

“Masa kami nikah dulu adalah waktu negara sedang ketat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi saudara mara yang duduk jauh ramai yang tak boleh hadir. jadi kali ini dapatlah juga merasa diraikan dalam sebuah majlis yang meriah.

“Selain menyambut Aidilfitri dan bersanding, kami juga mengadakan kenduri tahlil serta berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim di sana. Walaupun semua persiapan dilakukan pada saat-saat akhir, tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Masa raya inilah keluarga yang datang dari Jakarta, Padang dan Thailand boleh berkumpul setahun sekali bersama-sama. Kami berada di Medan cuma tiga hari sahaja kerana perlu melaksanakan tugas dan pekerjaan masing-masing yang tertangguh,”katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Fendy, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama bersiri 12 episod yang berjudul Terjerat dan naskhah terbitan Orange Tree Production itu bakal ditayangkan di platform IQIYI tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya