Muat naik anak dapat duit raya RM1, mohon ada sedikit maruah! - Fatin Afeefa - Utusan Malaysia

Muat naik anak dapat duit raya RM1, mohon ada sedikit maruah! – Fatin Afeefa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pempengaruh media sosial, Fatin Afeefa, berpendapat, golongan ibu bapa sepatutnya lebih cakna dengan menegur anak-anak sendiri supaya tidak mengamalkan sikap meminta-minta duit raya apatah lagi berani mempertikai jumlah pemberian di dalam sampul.

Meluahkan mengenai perkara itu Instagram, Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, berkata, ibu bapa seharusnya perlu lebih beradab terutama dalam soal pemberian duit raya yang bukan menjadi kewajipan pada hari raya.

“Buat ibu bapa yang mengeluh ramai kedekut bagi duit raya seringgit, mohon ada sedikit maruah. Pengemis tidak boleh memilih.

“Tiada rasa benci cuma sakit hati tengok ibu bapa yang tiada adab. Siap muat naik anak dapat duit raya seringgit sahaja.

“Tidak malukah? Awaklah sepatutnya bagi duit raya kepada anak awak. Gila!,” katanya menerusi hantaran InstaStory.

Dalam masa sama, Fatin turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa agar tidak menggunakan duit raya anak untuk membeli keperluan atau kehendak diri.

“Beli barang keperluan seperti lampin, susu, barang sekolah, tukar rim tayar, servis kereta, isi minyak atau apa-apalah haram guna duit raya anak,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, tular dalam aplikasi TikTok beberapa keluarga berkongsi momen gembira penyerahan duit raya.

Namun, ada individu bersikap biadab dengan mempersoalkan jumlah wang diberikan tuan rumah.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian beberapa rakan selebriti lain seperti Uyaina Arshad, Diana Danielle dan Uyaina Arshad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya