Selepas hampir dua dekad mencipta nama dalam persada seni negara, band indie tanah air, Monostreo mencatat satu lagi pencapaian peribadi buat mereka apabila telah mengeluarkan siri lagu raya yang unik untuk peminatnya.
Kumpulan itu, yang dikenali dalam genre lagu indie sebagai O-TWO, kini muncul dengan penjenamaan semula sebagai Monostreo ternyata sebahagian besar peminat masih mengenali mereka.
Bagaikan sebuah kelahiran semula buat kumpulan terbabit yang dianggotai oleh Izan selaku vokalis, Anep pemain drum dan Alan pemain gitar, perjuangan mereka untuk menembusi industri muzik secara keseluruhan semakin tinggi apabila mereka mengambil beberapa inisiatif yang baru dirancang dengan semangat baru.
Menurut Izan, perubahan O-Two kepada Monostreo bagaikan sebuah kelahiran semula. Kami ingin memberi impak serta pembaharuan didalam konsep muzik serta album secara keseluruhan.
Monostreo tampil dengan lagu raya bertajuk Raya Tak Jadi sebagai nukilan yang diberi peluang oleh pihak produksi untuk menghasilkan naskah tersebut.
“Semuanya bermula secara kebetulan apabila Anep yang juga merupakan pemain drum Monostreo membintangi sebuah super telefilem berjudul Raya Tak Jadi.
“Hasil daripada perbincangan itulah yang akhirnya membawa kepada projek ini. Bila dikenangkan kami sendiri pun tidak pernah ada lagu raya, apa salahnya kami cuba setidaknya ia memberikan cabaran baharu kepada band seperti kami,” kata Izan lagi.
Nukilan Raya Tak Jadi turut mendapat kerjasama bersama kerjasama antara Sheikh Qalam Records dan Sony Music Malaysia itu mula dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac lalu serta boleh ditonton di youtube.
Monostreo mempunyai pemikiran yang jauh dan sentiasa memperbanyakkan ilmu muzik supaya melodi lagu mereka sentiasa lain dari band-band yang sedia ada serta penekanan lebih kepada perkara termasuklah menggunakan melodi yang sesuai dalam lagu raya ini.
Memberi ulasan mengenai perkembengan mereka, Monosterio sedang mengusahakan album baharu yang akan memuatkan sepuluh lagu baharu selain mengadakan persembahan bersama Nidji pada persembahan Miri, Sarawak, pada Februari.