Mimi Lana enggan ulas hubungan dengan Syafiq Kyle - Utusan Malaysia

Mimi Lana enggan ulas hubungan dengan Syafiq Kyle

MIMI LANA bersama tunangnya Syafiq Kyle menikmati hidangan di sebuah restoran mewah yang ‘menjemput’ banyak persoalan netizen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : “Saya tak mahu bercakap tentang hal ini. Kalau saya cakap berulang-ulang kali, orang akan nampak saya yang asyik bercakap benda ini. Rasa tak seronok pula,”

Demikian kata pelakon, Mimi Lana atau nama sebenarnya, Mimi Roziana Zainal Abidin, 29, apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan pelakon, Syafiq Kyle.

Bagi Mimi, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT dan sebagai hamba-Nya, dia cuma akan melalui sahaja jalan cerita yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Dalam pada itu, Mimi turut meluahkan rasa syukur kerana Syafiq turut mendoakan dirinya semasa mengerjakan umrah di Mekah baru-baru ini.

“Alhamdulillah, apabila dapat tahu Syafiq akan mengerjakan umrah, saya pun ada bercakap dengan dia hari itu untuk mendoakan saya.

“Kita saling mendoakan untuk antara satu sama lain, saya doakan dia dan dia juga doakan untuk saya,” katanya.

Mimi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan filem Framed di ibu negara, semalam.

Terdahulu, majlis perkahwinan Mimi Lana dan Syafiq Kyle yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos tahun lalu telah dibatalkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya