Miera Leyana bakal timang anak kedua - Utusan Malaysia

Miera Leyana bakal timang anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Meskipun sebelum ini isu rumah tangganya menjadi bahan bualan ramai, pelakon, Miera Leyana bagaimanapun tetap tenang dengan mendedahkan bahawa kini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak keduanya.

Perkara tersebut dikongsikan Miera sendiri menerusi akaun Instagramnya semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Miera dan suami dipercayai mengadakan majlis ‘baby shower’ untuk meraikan anak kedua mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Ujar Miera menerusi hantaran tersebut, dia kini sedang menghitung hari untuk bersalin dan pada masa yang sama sangat bersyukur dikurniakan zuriat yang kedua ini.

“Masyaallah tabarakallah, sometimes you pray for a miracle, and Allah gives you two. (Adakala kita meminta satu keajaiban tetapi Allah mengurniakan kita dua),”katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen mengucapkan tahniah buat Miera dan suami.

Sekadar info, Miera mendirikan rumah tangga bersama Rosland pada 25 Julai 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya