Melodi lagu baharu unik, bukan perosak industri - Datuk S Atan - Utusan Malaysia

Melodi lagu baharu unik, bukan perosak industri – Datuk S Atan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Komposer terkemuka tanah air, Datuk S Atan, mengakui lebih selesa untuk meraikan kepelbagaian selera dan transformasi lagu-lagu hari raya yang ada masa masa kini meskipun ada yang beranggapan ia tidak mencipta nostalgia Aidilfitri.

Menurut S Atan yang turut digelar ‘Bapa Lagu Raya’ ini, dia tidak pernah menganggap kebanjiran lagu-lagu baharu sebagai usaha untuk merosakkan industri.

Sebaliknya, jelas S Atan, komposer-komposer muda juga memiliki keunikan dan kelebihan masing-masing dalam menggarap air tangan lagu sendiri.

“Selain lagu raya malar segar, saya juga dengar banyak seleksi baharu ciptaan komposer pelapis baharu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kebanyakannya berbakat dan berani menyuntik pelbagai elemen termasuk rap.

“Bagi saya tak salah ikut trend kerana dunia muzik semakin berkembang, begitu juga dengan penghasilan lagu raya yang kini kedengaran lebih ‘catchy’. Semua okey asalkan tidak menampilkan lirik bukan-bukan.

“Kita raikan kelainan, bahkan saya tak kisah kalau ada penyanyi mahukan saya hasilkan lagu raya ikut trend semasa, cuma tak mampulah saya selitkan rap,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sementara itu, ditanya sama ada komposer senior sepertinya kini sudah mampu digelar jutawan, kata S Atan perkara tersebut seakan satu dongeng buat anak-anak seni di Malaysia.

Ini kerana katanya, ada beberapa faktor yang menyebabkan komposer lama sepertinya terpaksa makan hati kerana kebanyakan hasil lagu yang diciptakan menemui jalan buntu dari segi pembahagian royalti.

Kata S Atan, dalam tempoh setahun, pembayaran royalti untuk komposer sepertinya seakan tidak logik dengan hanya menerima jumlah wang di bawah RM50,000.

“Semua orang tahu lagu-lagu saya banyak, tetapi royalti tahunan saya ada kala cuma RM30,000 setahun. Siapa yang kendalikan urusan royalti ini, saya fikir mungkin sudah ‘telan’ duit komposer.

“Sekarang, saya buat lagu, saya jual RM15,000 untuk satu karya buat mana-mana penyanyi yang mahu sentuhan karya saya. Itu saja cara saya cari makan.

“Untuk penyanyi baharu pun saya boleh buatkan. Tak ada masalah. Cuma rap bukan kemahiran sayalah,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya