Isu Aliff Aziz: “Kami pun ada masalah sendiri, baju pun tak lipat lagi” - Tom - Utusan Malaysia

Isu Aliff Aziz: “Kami pun ada masalah sendiri, baju pun tak lipat lagi” – Tom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dalam kekusutan kontroversi tiga penjuru membabitkan pelakon, Aliff Aziz, Ruhainies dan Bella Astillah kini, tidak semena-mena timbul pula ‘watak’ baharu melibatkan penyanyi Tom dan suaminya, Fuad Rahman.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram berang apabila kekasih gelap Aliff, Sarah Yasmine, berani menggganggu suaminya dengan menghantar mesej dan menghubungi Fuad baru-baru ini.

“Alamak, kenapa Sarah Yasmine mesej suami aku. Fuad beritahu saya, dia (Sarah) dapat mesej daripada Sarah, dia telefon banyak kali. Kepada Sarah Yasmine, kami tak nak masuk campur hal apa yang terjadi sekarang yang tengah tular.

“Kami pun ada masalah sendiri. Baju pun tak terlipat lagi. Ini pun sakit kepala nak uruskan. Kami tak nak terlibat dalam hal orang lain,”katanya.

Pada masa yang sama, Tom turut memberi amaran kepada Sarah Yasmine supaya segera berhenti mengganggu suaminya.

“Berhenti mesej suami saya. Berhenti hubunginya, ini amaran daripada saya,”katanya.

Terdahulu, Aliff Aziz, Ruhainies, Bella Astillah menjadi bahan bualan ramai apabila kekasih gelap penyanyi lagu Sayang Sayang itu mendedahkan pelbagai bahan bukti menerusi tangkap layar di telefon lelaki kasanova berkenaan semalam.

Turut terkait sama dalam isu yang tular ialah Emma Maembong, Chacha Maembong serta Caprice.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya