Farrel Hilal keluar zon selesa

Farrel Hilal keluar zon selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FARREL Hilal, sekitar lapan tahun lalu mungkin kedengaran asing kerana pada ketika itu, dia masih mencari tapak dalam persada muzik Indonesia.

Hari ini, penyanyi berusia 24 tahun ini membuktikan dirinya mampu menjadi generasi pelapis muzik negara seberang yang wajar diberi peluang selepas lagu-lagu yang dihasilkannya menerima sambutan yang positif dari peminat.

Apatah lagi dengan kemunculan single terbarunya yang dihasilkannya sendiri berjudul Di Selatan Jakarta.

Ternyata lagu ini berjaya mencuri tumpuan setelah beberapa hari diperdengarkan di platform Youtube.

Menerusi single tersebut, Farrel menceritakan tentang kehidupannya yang banyak dihabiskan di Jakarta Selatan.

“Perlu saya jelaskan, penulisnya bukan berasal dari Jakarta Selatan, sebaliknya Pemulang.

“Tetapi berminat saya rangkumkan perasaan kita yang tinggal di Jakarta Selatan. Maka terhasillah lagu ini.

“Mereka yang tinggal di luar kawasan ini, saat mendengar lagu berkenaan pasti dapat merasakan suasananya.

“Tujuan saya mudah, ingin gambarkan Jakarta Selatan dalam lagu. Bayangkan suasananya pada waktu saya menetap di sini,” katanya.

Jakarta Selatan dihasilkan sejak tahun 2022. Sejak 2017, Farrel puas menghasilkan lagu berentak R&B dan Soul antaranya Cinta Abadi, Never Asked For dan I’m Just a Man.

Antara 10 material terbaru yang dihasilkan penyanyi berbakat besar ini, lagu Di Selatan Jakarta disifatkannya sebagai paling relevan sepanjang kerjayanya sebagai pemuzik, pencipta lagu dan penyanyi.

“Setiap lagu yang saya hasilkan sama pentingnya, namun lagu ini pada saya yang paling relevan kerana ia bercerita tentang kehidupan.

“Dan ingin saya nyatakan, lagu ini agak personal kepada saya yang sedari dulu tinggal di sini,” kongsinya.

Dalam pada itu, Farrel yang juga dikenali sebagai Farrel Faraknimella memaklumkan penghasilan lagu berentak pop dan jazz itu menjadi satu percubaan untuk dirinya keluar dari zon selesa sebagai pemuzik dan pencipta lagu.

“Genre sebegini, iaitu pop, bukan jenis muzik yang biasa saya hasilkan kerana saya lebih banyak mencipta dan menyanyikan lagu-lagu berentak R&B dan Soul.

“Sebab itu proses penghasilan lagu ini pada saya cukup mencabar, memaksa saya memikirkan cara untuk menyanyikan lagu ini mengikut kesesuaian vokal saya,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya