KUALA LUMPUR: Ibu kepada Aliff Aziz, Siti Hafizah Basharahil, enggan mengulas lanjut mengenai punca mengapa dia tidak lagi mengikuti menantunya, Bella Astilah di media sosial.
Hafizah yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah di sini berkata, dia enggan bercakap mengenai hal-hal negatif.
“Tiada pilihan. Berkenaan perkara itu tiada apa-apa pun. Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang yang negatif, saya mahu yang positif sahaja,” katanya.
Tambahnya lagi, Hafiza turut mengajak orang ramai mendoakan agar urusan rumah tangga anaknya, Aliff Aziz akan berjalan baik.
“Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik.
“Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang positif. Moga-moga semua mendapat kebaikan,” jelasnya.
Bella melantik kakak angkatnya iaitu Roslinda manakala Aliff melantik ibunya Siti Hafiza untuk prosiding JKP. Perbicaraan JKP seterusnya ditangguhkan kepada 4 Jun.
Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan kerana penggambaran.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.