Coachella jadi medan bukti, Justin Bieber dan isteri tidak bercerai - Utusan Malaysia

Coachella jadi medan bukti, Justin Bieber dan isteri tidak bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Penyanyi popular, Justin Bieber dilihat hadir ke festival muzik terbesar Amerika Syarikat, Coachella bersama isterinya, Hailey Bieber.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, pasangan itu dilihat saling berpelukan semasa menonton persembahan sahabat mereka, Lana Del Rey di malam pembukaan acara muzik tersebut.

Kemesraan yang ditunjukkan penyanyi Stay itu sekali gus menutup segala khabar angin kononnya hubungan mereka renggang dan rumah tangganya kini sedang di ambang perceraian.

Berita perceraian yang bertebaran itu turut memberi kesan kepada ahli keluarga mereka terutamanya bapa Hailey, Stephen Baldwin.

“Bila kalian terfikir tentang Justin dan Hailey, tolong doakan mereka agar selalu dilimpahkan kebijaksanaan, perlindungan dan semoga mereka selalu dekat dengan Tuhan.

“Memang selalu ada ujian besar melanda orang-orang yang dikenali seperti mereka,” tulis Baldwin dalam satu hantaran Instagram Story sebelum ini yang mengundang persoalan ramai.

Enggan memberi respons mengenai khabar angin tersebut, Hailey bagaimanapun memuat naik gambar Justin semasa penyanyi itu meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 baru-baru ini.

“Kata-kata tidak dapat mengungkapkan betapa indahnya awak. Selamat hari jadi, cinta seumur hidupku,” kata Hailey.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya