Bumi ini berputar, dia akan dapat balasan nanti - Iman Troye

Bumi ini berputar, dia akan dapat balasan nanti – Iman Troye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Iman Troye mengakui patah hati setelah mengenali secara dekat  seorang  jejaka sejak setahun lalu.

Enggan mendedahkan gerangan lelaki yang dimaksudkan, Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabudin, 22, mendakwa punca perpisahan adalah disebabkan lelaki berkenaan telah berlaku curang kepadanya.

“Biasalah, dalam ‘berkawan’ ada pasang surutnya.  Jadi saya kena terima dengan hati terbuka sekiranya dia memilih untuk meninggalkan saya. Nak buat macam mana?

“Hantaran video di TikTok hanyalah teguran umum saja. Saya hidup bahagia sekarang, tapi mungkin ada pihak yang terasa.

“Siapa gerangan ‘kawan’ itu, biarlah saya yang simpan, dia pun tak layak dikenali,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Iman berkata demikian bagi mengulas mengenai hantarannya di media sosial yang berbunyi ‘hari pertama kena tinggal, sis’ yang mengundang tanda tanya sejak semalam.

Menurut penyanyi Pejam Celik Hari Raya itu, dia menerima segala yang terjadi dengan hati terbuka dan mahu memberi fokus kepada karier.

“Buat masa sekarang , saya akan lebih fokus kepada karier dan keluarga. Perkara sebegini biasa sahaja. Drama begini tidak bagus. 

“Saya hidup bahagia sahaja, tapi mungkin ada pihak yang kerisauan. Dia sahaja yang tahu apa yang dilakukan. Dia pun sudah ada pengganti saya walau tak sampai seminggu berpisah. 

“Pesanan saya, bumi ini berputar, apa dia buat kepada saya akan sampai juga balasan kepada dia suatu hari nanti. Kifarah Allah itu nyata,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN