PETALING JAYA : “Astaghfirullah, saya nak bukti,”
Demikian luah pelakon dan penyanyi, Bella Astillah apabila aktres, Ruhainies mendakwa dia telah menghubungi jenama-jenama yang bekerjasama dengannya dan menghasut supaya mereka membatalkan kontrak.
Ia kononnya kerana Bella mahu mengambil alih posisi Ruhaines selain dikatakan melakukannya kerana ingin membalas dendam terhadap aktres tersebut yang menjalin hubungan skandal dengan suaminya, Aliff Aziz.
Menerusi perkongsian di InstaStory, Bella tampil memberi respons terhadap dakwaan yang dibuat dan menganggap kenyataan Ruhainies sebagai satu fitnah.
“Fitnah! Bila masa pula pengikut Bella nak hantar email semua jenama yang ada.
“Macam mana boleh terfikir idea fitnah sampai ke tahap ini Ruhainies ?,” tulis Bella.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai pendedahan mengejutkan tentang perbualan romantis antara Ruhainies dan Aliff serta perancangan mereka yang didakwa mahu menjatuhkan Bella oleh kekasih gelap penyanyi berkenaan, Sarah Yasmine.
Dalam kandungan yang dimuat naik, Ruhainies mendakwa Bella telah menghantar email kepada beberapa jenama bagi menghentikan kerjasama yang masih dalam kontrak kerja.
Sebelum ini, terdapat pendedahan yang melibatkan perbualan antara Ruhainies dan Aliff Aziz dalam cubaan untuk menjatuhkan Bella.