Bakal isteri Zul Ariffin: "Dia ada calon lain ke?" - Gayatri - Utusan Malaysia

Bakal isteri Zul Ariffin: “Dia ada calon lain ke?” – Gayatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : “Dia ada calon lain ke?”

Demikian seloroh penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Gayatri bagaimanapun masih bermain kata mengenai status hubungannya dengan Zul dan enggan mengiya atau menidakkan.

Gayatri berkata, dia lebih selesa untuk tidak mengumumkan apa-apa dan berpegang kepada prinsip itu sejak dari awal mengenali pelakon lelaki tersebut.

“Saya sudah biasa, dari dulu akan cakap perkara serupa. Kalau ada jodoh, ada. Kalau tiada, maka tidak ada. Saya ini seorang penerbit, bukannya bahan yang menarik untuk netizen bercerita. Mungkin mereka nak tahu hal ini dari Zul sebenarnya.

“Namun daripada saya sendiri, saya tak tidak akan komen,”katanya ketika ditemui pada majlis tayangan drama Restu terbitan Infinitus Entertainment Malaysia Sdn Bhd di platform Iqiyi, di sini, semalam.

Selain itu, ditanya sama ada dia pernah menyimpan hasrat untuk mempunyai majlis perkahwinan sendiri, Gayatri tidak menolak bahawa itu adalah impiannya sejak kecil.

“Tentulah, saya ini perempuan. Mestilah teringin nak pakai baju pengantin yang bagaimana, pendek kata majlis perkahwinan idaman.

“Namun sekarang, usia saya pun dah masuk 49 tahun. Kalau saya ini tergesa-gesa nak berkahwin, dari dulu lagi saya dah kahwin. Bukan kata kahwin itu tidak penting, tetapi ia bukan sesuatu yang dari dulu saya tekankan.

“Macam saya cakap, kalau jadi, jadilah. Kalau bukan dengan Zul, mungkin dengan orang lain,”katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hubungan baiknya dengan ibu Zul, Allahyarham Robiah Nasir, kata Gayatri, sejak kemtian ibu dan ayah, dia menjadikan ibu pelakon tersebut sebagai tempat menumpang kasih.

“Jujurnya, saya dengan arwah ibu Zul sangat rapat. Saya sangat sayangkannya. Bila ibu dan ayah meninggal dunia, saya kadangkala terasa mahukan kehadiran sosok atau figura seorang ibu dalam hidup ini.

“Ia tidak bermaksud kita nak kongsi apa-apa pun. Tetapi kerana kita rindukan belaian dan kasih sayang daripada seorang ibu. Sebenarnya, saya ini anak manja. Masa ayah meninggal dunia, agak lama juga saya nak ‘pulih’ kerana dunia saya bagaikan tiba-tiba jadi gelap.

“Ada orang, dia senang melupakan, tetapi tidak bagi saya. Jadi, kepada ibu Zul lah saya jadikan tempat mengadu dan menumpang kasih,”katanya.

Dalam pada itu, Gayatri tidak menolak bahawa arwah ibu Zul pernah menyatakan hasrat mahu melihatnya dan Zul bertaut sebagai pasangan suami isteri.

“Mungkin ada. Alahai, emak bukan? Tak akanlah seorang mak nak tengok anak dia selalu keluar bersama dengan perempuan tapi tak jadi apa-apa. Macam itulah lebih kurang,”katanya.

Hubungan Gayatri dengan Zul telah lama menjadi bahan bualan ramai dengan dia dikatakan merupakan kekasih aktor tersebut selama ini.

Malah, pada 1 Syawal lalu, Gayatri yang juga Penerbit Eksekutif Infinitus Entertainment (M) Sdn Bhd mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto dirinya beraya dengan Zul serta dua kakaknya.

Hal itu menyebabkan ramai berspekulasi bahawa Gayatri seolah-olah memberi bayangan bahawa dia dan Zul bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya