Alhamdulillah, saya sudah semakin runcing - Jasmin Hamid - Utusan Malaysia

Alhamdulillah, saya sudah semakin runcing – Jasmin Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa teruja apabila pembedahan bariatrik yang dijalaninya di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Februari lalu kini telah menunjukkan hasil positif.

Menurut Jasmin, dia melakukan proses itu sebagai satu usaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Malah, kata Jasmin, beratnya kini sudah menyusut hampir 10 kilogram (kg) sejak menjalani pembedahan itu.

“Alhamdulillah saya sudah semakin runcing. Tak sampai dua bulan saya sudah turun ke 9.85 kg. Dulu diet macam nak mati pun cuma sekilo dua saja yang kurang.

“Saya akan berusaha lagi untuk dapatkan target saya nak dan bersesuaian dengan ketinggian saya. Saya juga akan ikut nasihat doktor,” katanya.

Selain itu, kata Jasmin, doktor yang merawat juga turut gembira melihat perubahan pda dirinya.

Tidak cuma itu, Jasmin juga disarankan untuk menjaga pemakanan dan melakukan senaman agar tiada kesan berikutan penurunan berat badan.

“Doktor agak gembira dengan progres saya sebab nampak saya sudah bertambah sihat. Doktor sarankan saya untuk bersenam untuk saya keep fit supaya tiada ropol-ropol dari kesan gemuk kepada kurus,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya