Alami keguguran, tiada rezeki Soraya dapat adik – Ain Edruce - Utusan Malaysia

Alami keguguran, tiada rezeki Soraya dapat adik – Ain Edruce

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Impian pelakon, Ain Edruce untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila dia mendedahkan telah mengalami keguguran baru-baru ini.

Khabar menyedihkan tersebut telah dikongsikan Ain menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya hari ini.

“Simpan sini buat kenangan. Tiada rezeki Soraya nak ada adik lagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video yang sama, Ain turut berkongsi momen gembira tentang kehamilannya bersama suami, Amirul Hafiz dan ahli keluarga yang lain.

Kata Ain, pengalaman keguguran anak kedua itu tidak akan dapat dilupakan kerana dia mengalami pendarahan yang sangat teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke bahagian kecemasan di sebuah hospital.

“Betul apa orang cakap, sakit keguguran lebih sakit dari bersalin. Ain tak pernah rasa sakit macam ini sepanjang hidup.

“Ambil ubat tahan sakit paling kuat pun tak dapat lawan kesakitan sewaktu itu,”katanya.

Dalam pada itu, Ain turut berkongsi bahawa anak sulungnya, Soraya seakan memahami akan erti kehilangan setelah kedua-dua mereka berkongsi perasaan sedih itu bersama.

“Ain bagitahu pada Soraya yang adik sudah tiada. Dia kemudian jawab ‘Tak apa, nanti Allah bagi adik baru,” jelas Ain.

Terdahulu, Ain Edruce telah melangsungkan perkahwinannya bersama Amirul Hafiz pada tahun 2019 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia empat tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya