Adira 'sporting' bantu Datuk Red berniaga biskut raya - Utusan Malaysia

Adira ‘sporting’ bantu Datuk Red berniaga biskut raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Adira Suhaimi, 32, dipuji ramai gara-gara dilihat begitu ‘sporting’ menyokong usaha suaminya, Datuk Seri Adnan Abu yang kini sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual biskut raya di media sosial.

Gelagat Adira itu dapat dilihat menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram dan Tiktok yang menyaksikannya begitu bersahaja membantu mempromosikan biskut-biskut raya tersebut bersama anak mereka, Anggerek.

“Kita sokong Datuk Red jual biskut raya. Esok (hari ini) boleh dapat di ‘beg kuning’,” tulisnya pada keterangan video dalam Instagram.

Menerusi video berdurasi seminit itu, Adira juga sempat bergurau dengan memuji Datuk Red kelihatan masih kacak di matanya.

Sebelum ini lelaki yang mempunyai 11 anak daripada tiga perkahwinan itu mendedahkan sudah lima tahun ditanggung dua isteri kerana muflis sehingga sukar mendapat pekerjaan.

Datuk Red kemudian membuat video dalam aplikasi TikTok sebagai usaha terakhir mencari pekerjaan untuk menyara keluarga dan melangsaikan hutang.

Rayuan terbukanya meraih perhatian pelbagai syarikat yang menawarkannya pekerjaan termasuk sebagai model baju Melayu jenama terkemuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya