Teroka dunia hiburan, memang saya dah 'rosak' pun - Khairy Jamaluddin - Utusan Malaysia

Teroka dunia hiburan, memang saya dah ‘rosak’ pun – Khairy Jamaluddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, tidak tersinggung dengan gurauan warganet yang menggelarkan dirinya kini ‘sudah rosak’ gara-gara lebih banyak terlibat dengan dunia seni berbanding cabang politik sebagaimana sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita, Khairy sambil berseloroh berkata, dia memang sudah ‘rosak’ selain mengakui kini sedang terbuka meneroka bidang baharu yang diceburinya.

“Memang dah rosak pun!. Tak tahu lagi, tapi apa yang saya boleh katakan saya tengah seronok dengan kerjaya sekarang.

“Jadi tiada apa-apa keperluan untuk saya kembali ke dunia politik buat masa ini.

“Cabang saya masih lagi berada di mata publik sebagai seorang podcaster, deejay dan sebagai duta Elrah Exclusive. Namun ke mana selepas ini belum tahu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Tayangan Premier Filem Pendek Elrah Exclusive di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, KJ mencuri perhatian masyarakat dengan berubah profesion dari dunia politik ke industri hiburan seperti menjadi deejay, podcaster dan kini sibuk dengan kempen raya untuk produk tempatan.

Dalam pada itu, KJ berkata, dia teruja apabila dilantik menjadi duta pakaian produk tempat iaitu Elrah Exclusive pada tahun ini.

“Saya sangat teruja untuk bersama kempen raya Elrah Exclusive pada tahun ini. Saya setuju untuk kempen Elrah ini pun sebab pemilik dia El Azman.

“Pendapat saya dia seorang usahawan tempatan yang berjaya dan saya juga suka martabatkan baju Melayu,” jelasnya.

Sementara itu, KJ juga tidak menolak jika suatu hari nanti dia akan melebarkan sayap menjadi seorang pelakon jika ada rezekinya dalam bidang berkenaan

“Kalau ada rezeki tawaran untuk berlakon filem dan sebagainya, insyaAllah,” katanya.

Selain KJ, antara duta Elrah lain untuk kempen raya tahun 2024 ialah Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Meerqeen, Amir Ahnaf, MK, Shahril, Fahimi Rahmat dan Fadhli Masoot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya