Terkejut Marissa berubah, suami Heliza nafi menipu

Terkejut Marissa berubah, suami Heliza nafi menipu, tawar umrah pelaku onani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGAT minggu ini masih lagi membabitkan cerita mengenai anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, iaitu Marissa Dania Hakim.

Setelah lama mengunci mulut mengenai khabar angin mendakwa gadis itu kononnya sudah bernikah dengan suami orang bernama Aslam di Thailand, Abby Abadi berkata, Aslam bukanlah seorang lelaki yang layak berpoligami kerana tidak berkemampuan.

Dalam temu ramah bersama Datuk Seri Aliff Syukri, bekas penyanyi kumpulan Elite itu mendedahkan tidak tahu menahu bahawa anaknya itu masih berhubung dengan lelaki bernama Aslam tersebut. Dia terkejut apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh boleh bertindak sejauh itu.

Kata Abby, sikap Marissa banyak berubah. Dia sudah tidak mengenali anaknya lagi, seperti ada sesuatu yang terjadi membuatkan anaknya itu bertukar perangai 360 darjah.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instastory, dia juga menempelak pihak yang beranggapan anaknya itu terkena amalan ilmu hitam. Dia juga meminta agar masyarakat tidak menimbulkan fitnah kepada diri dan keluarganya.

Bagi Abby, cukuplah dia meletakkan kebergantungan kepada Allah semata-mata.

Suami Heliza dituduh Scammer

Di hari yang sama video Abby Abadi berlegar di media sosial, sebelah malam pula tiba-tiba muncul ciapan yang tular mendedahkan suami kepada penyanyi dan usahawan Heliza Helmi, Mahadi Badrul Zaman masuk dalam senarai amaran oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Hantaran itu kemudian menjadi tular sehingga ada mendakwa Mahadi menjalankan perniagaan dan pelaburan tidak sah. Ada juga pihak yang membenarkan kata-kata pelakon Fathia Latif sebelum ini mendakwa suami Heliza itu seorang scammer.

Mahadi bagaimanapun terkejut mengetahui isu tersebut kerana tidak menerima apa-apa surat daripada pihak berkuasa.

Tegasnya lagi, syarikatnya tidak buat perkara salah atau lakukan perkara haram. Usahawan itu menganggap apa sahaja cerita buruk orang mengenai dirinya adalah fitnah.

Isteri jadi mangsa onani

Antara perkara lain yang mencuri tumpuan di internet ialah pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad memuat naik sebuah video mendedahkan seorang lelaki yang tidak dikenali menggunakan gambar isterinya untuk melakukan onani.

Bukan itu sahaja, Hafiz berkata perkara itu terjadi ketika keadaan dirinya tidak stabil selain ditahan di wad kerana kepenatan melampau.

Marah dengan tindakan jejaka berkenaan, Hafiz sudah pun mendapatkan segala maklumat mengenai pelaku dan berhasrat untuk meneruskan tindakan saman.

Namun memandangkan individu tersebut masih terlalu muda, Hafiz kemudian meminta pelaku berkenaan datang menemuinya dan isteri bagi membuat pemohonan maaf. Usahawan itu turut menawarkan tiket menunaikan umrah sekiranya pelaku itu hadir ke pejabat mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya