Suhaimi Saad tinggalkan legasi yang baik - Inteam - Utusan Malaysia

Suhaimi Saad tinggalkan legasi yang baik – Inteam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMERGIAN bekas anggota Inteam, Suhaimi Saad pada 15 November lepas masih meninggalkan kesan bukan sahaja kepada keluarga, malah buat anggota kumpulan Inteam yang lain.

Mengenang arwah semasa hayatnya, vokalis Inteam, Muhammad Hazamin Harun meluahkan rasa syukur kerana kesemua mereka sempat disatu dan dipertemukan sebelum Suhaimi menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

“Biasalah, antara kami dengan arwah dulu pernah timbul perselisihan. Tapi, di penghujung hayatnya kami sempat berjumpa dan bermaafan.

“Arwah juga sempat memaklumkan kami sahabat sejatinya. Alhamdulillah, satu pengakhiran yang baik,” katanya dalam majlis berbuka puasa dan apresiasi media baru-baru ini.

Inteam dalam majlis sama turut mengumumkan penghasilan single terbitan Inteam Records seperti Asma’ Abu Bakar nyanyian Mateen Yaaqub, Rabiatul Adawiyah 2024 (Inteam dan Khai Bahar), zikir munajat oleh Ustaz Khairul Anuar Basti Al-Hafiz dan sebuah album Lebaran.

Hazamin juga meluahkan rasa syukur kerana peminat selepas ketiadaan Suhaimi mengenang kebaikan yang ditinggalkan arwah.

Kata Hazamin, perkara itu meninggalkan kesan dan mengingatkan dirinya tentang keutamaan sentiasa berbuat kebaikan.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana selepas ketiadaan arwah, hanya perkara yang baik-baik orang perkatakan tentangnya.

“Kita melakukan kesilapan. Tapi, kalau boleh, kita mahu sentiasa tinggalkan legasi yang baik. Nasihat, pesanan, dan kata-kata yang baik di media sosial.

“Mudah-mudahan, apa yang orang ambil selepas ketiadaan kita nanti juga perkara yang baik-baik,” kongsinya.

Dalam pada itu, Hazamin memaklumkan pihak Inteam akan terus memberi sokongan dan cuba sedaya upaya menghur bantuan kepada keluarga arwah.

“Pihak Inteam Digital telah memuat naik karya arwah, zikir Suhaimi Saad di platform digital kami dengan harapan setiap pendapatan yang diperoleh daripada karya itu dapat diberikan kepada keluarga arwah.

“Selain itu peminat juga mencadangkan Inteam berduet dengan anak arwah atau menghasilkan lagu untuknya.

“Kami terbuka dengan apa sahaja cadangan. Namun buat masa ini kita beri ruang bertenang kepada keluarga arwah yang masih terkesan dengan pemergiannya.

“Kalau kedua-dua pihak sudah bersedia, tak ada masalah untuk bekerjasama untuk hasilkan single, lagu kanak-kanak atau apa sahaja yang baik,” jelasnya.

RABIATUL ADAWIYAH 2024

REZEKI tidak salah alamat. Sekali lagi penyanyi Khai Bahar disatukan bersama kumpulan Inteam menerusi lagu Rabiatul Adawiyah yang dihasilkan semula dengan konsep terkini.

Bercakap tentang kolaborasi itu, ahli Inteam, Hisyam Ahmad menyifatkan kolaborasi itu tepat ditambah pula lagu berkenaan menjadi kegemaran arwah ibu penyanyi lagu Luluh itu.

“Beberapa nama dipetik sewaktu mencadangkan artis untuk berduet lagu ini antaranya seorang penyanyi popular di Indonesia. Namun kami tak nampak impaknya di Malaysia.

“Kemudian saya teringat perkongsian Khai tentang lagu Rabiatul Adawiyah yang menjadi kegemaran ibunya.
“Justeru kami memilih Khai kerana adanya nilai sentimental sekiranya dia membawakan lagu tersebut,” kongsinya.

Selain itu, seorang lagi anggota Inteam, Abdul Rahim berkata penglibatan Khai dalam penghasilan semula lagu berkenaan adalah sebuah dedikasi istimewa penyanyi itu terhadap arwah ibunya.

“Khai tahu arwah maknya suka dengan lagu ini. Walaupun berpisah alam, Khai nyanyikan lagu ini untuk dedikasikan dan balas kebaikan ibunya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya