Sebagai perempuan, kita kena tahu nilai diri - Riena Diana

Sebagai perempuan, kita kena tahu nilai diri – Riena Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pernah dicurangi membuatkan pelakon, Riena Diana, semakin kental dan enggan meratapi nasib sekiranya kekasihnya bermain kayu tiga.

Tegas Riena, wanita hari ini perlu tahu nilai dan kehormatan diri sekali gus berani meninggalkan lelaki yang tidak tahu menghargai.

“Jika di masa depan awak ingat awak boleh ambil suami saya, silakan. Saya layak dapatkan lebih baik.

“Sebagai perempuan kita kena tahu nilai dan siapa diri kita,” katanya kepasa Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dedah Riena, dia pernah menjalin cinta dengan seorang jejaka selama tiga tahun sebelum hubungannya musnah kerana kehadiran orang ketiga.

“Saya pernah berada dalam situasi disondol. Semua ini terjadi dalam hubungan saya yang lalu.

“Awalnya memang saya marah, nangis dan mengamuk. Saya cuba reda dan terima kenyataan.

“Kini apabila sudah besar dan semakin matang, saya fikir tidak bijak tindakan saya itu. Maksudnya, dia bukan jodoh saya,” katanya.

Memasuki usia 27 tahun membuatkan Riena sangat berhati-hati mendekati lelaki demi memilih pasangan hidup.

“Setakat ini saya masih solo. Cuma sekiranya saya bercinta selepas ini, memang ia akan ke arah perkahwinan. Saya tidak rela bermadu atau dimadukan.

“Semoga hubungan cinta saya selepas ini akan bertahan hingga syurga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya