KUALA LUMPUR : Pelakon, Ben Amir, bersyukur kerana setakat ini masih belum terdesak untuk popular dengan mencipta kontroversi sehingga tergamak menjual agama.
Kata Ben, dia berasa pelik mengapa terdapat segelintir pihak sanggup berbuat demikian semata-mata kerana mahu menghasilkan bahan kandungan media sosial dan meraih wang ringgit.
“Setiap hari saya bersyukur, saya tak jual agama aku demi duit dan bahan kandungan media sosial,”katanya dalam satu ciapan di platform X.
Tindakan tersebut telah menimbulkan perasan kurang senang daripada banyak pihak susulan ianya didakwa telah mencemarkan ibadah umrah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelakon berusia 33 tahun itu dan memujinya kerana menjadi contoh yang baik sebagai seorang selebriti.
Terdahulu, tindakan Hafiz telah mengundang kecaman sehingga mendapat perhatian bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau menegur segelintir pengguna media sosial yang menjadikan ibadah umrah sebagai bahan kandungan media sosial.
Tidak lama selepas itu, Hafiz menarik semula video berkenaan dan menjelaskan bahawa ianya sekadar perkongsian setelah tujuh kali melaksanakan umrah selain mahu mewujudkan perasaan berani dalam kalangan umat Islam.