Saya pernah kerja tidak berhenti - Raja Azura - Utusan Malaysia

Saya pernah kerja tidak berhenti – Raja Azura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Raja Azura, mengakui memilih tawaran berlakon bagi memberi tumpuan membesarkan anak-anak.

Menurutnya, gaya hidup terlalu kuat bekerja pada usia muda tidak lagi sesuai diamalkan pada umur 51 tahun.

“Dulu, saya pernah lalui zaman bekerja tidak berhenti. Bila umur begini, saya memang memilih tawaran dengan naskhah yang baik.

“Saya juga tidak mengambil banyak projek dalam satu-satu masa kerana enggan menyusahkan produksi.

“Lagipula saya juga mahu memberi fokus membesarkan anak-anak,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Melakonkan watak ibu mentua, Naemah, menerusi drama terbaharu Iskandar Chempaka, pelakon itu mengakui karakter tersebut dekat dirinya yang juga seorang ibu.

“Bila kita ada anak, kita memang inginkan yang terbaik untuk mereka. Kita terfikir, biila anak kita kahwin, bolehkah isterinya jaga dan masak seperti kita?

“Cerita ini juga boleh dianggap pengajaran kepada masyarakat bahawa perkahwinan bukan tentang pasangan kita sahaja. Malah seluruh keluarganya,” katanya.

Drama Iskandar Chempaka mengisahkan tentang pasangan muda yang berkahwin dan tinggal bersama keluarga mentua.

Chempaka bagaimanapun menghadapi cabaran apabila kerap disindir ibu mentuanya, Naemah dan dianggap tidak mahir menguruskan anak kesayangannya, Iskandar.

Drama arahan Azri Izhar ini ditayangkan setiap Khamis hingga Sabtu di TV3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya