Ruhainies, Aliff Aziz anggap wujud salah faham - Utusan Malaysia

Ruhainies, Aliff Aziz anggap wujud salah faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seakan tidak mahu reputasi dan namanya terus membusuk, pelakon, Ruhainies dan Aliff Aziz yang ditangkap atas tuduhan khalwat pada awal pagi semalam membuka mulut menyangkal beberapa perkara dalam berita penangkapan tersebut sebagai tidak tepat.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Ruhainies dan Aliff di Instagram, kedua-duanya dilihat ingin menepis beberapa dakwaan yang ditulis dalam laporan berita tentang kejadian tangkap khalwat melibatkan mereka yang dianggap tidak benar.

Antara kenyataan yang dikongsikan Ruhainies adalah seperti berikut.

“Assalamualaikum. Bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan dalam semua platform sosial media, saya dengan rendah diri ingin nyatakan di sini, ada beberapa kenyataan yang kurang tepat telah tersebar,” tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon tersebut turut memohon maaf atas apa yang terjadi sehingga sehingga menimbulkan kekecohan dan namanya diperkatakan ramai.

Pada masa sama, pelakon itu turut berharap agar segala spekulasi yang dikaitkan dengan dirinya dapat dihentikan sehingga dia sendiri memberi kenyataan bagi mengelak kekeliruan.

“Walau bagaimanapun, saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi.

“Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham. Insya-Allah,” tulisnya.

Selain itu, Aliff juga membuat kenyataan lebih kurang sama selain turut memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.

Sejak awal pagi semalam, kecoh apabila media melaporkan Aliff sebagai selebriti berstatus suami orang dan Ruhainies dilaporkan dicekup berkhalwat dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Dua selebriti yang sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama berjudul Terjerat itu juga sudah dibebaskan dengan jaminan sekitar 2 petang (Sabtu), sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain dijangka dalam tempoh terdekat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya