Penyondol bermaruah rendah, kurang keyakinan diri - Sarimah - Utusan Malaysia

Penyondol bermaruah rendah, kurang keyakinan diri – Sarimah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon, Sarimah Ibrahim, menyifatkan individu yang mengganggu rumah tangga orang lain sebagai bermaruah rendah dan kurang keyakinan diri.

Justeru, Sarimah mencadangkan kepada golongan terbabit agar segera mendapatkan rawatan terapi kerana tindakan tersebut dianggap sebagai satu masalah kesejahteraan mental yang perlu ditangani.

“Curang, menjadi penyondol adalah produk kepada masalah kesihatan mental sama seperti ketagih dengan dadah, merokok, minum arak dan pembedahan plastik.

“Apa-apa yang kita label sebagai tidak elok adalah strategi yang digunakan untuk lari daripada masalah sendiri. Dalam situasi ini, kita gunakan orang lain sebab kita tak bahagia.

“Mereka yang kurang keyakinan diri dan maruah rendah akan membiarkan diri mereka menjadi penyondol. Sama seperti mereka yang curang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sarimah berkata demikian bagi mengulas mengenai peningkatan kes curang dalam masyarakat terutamanya golongan selebriti.

Konflik perkahwinan yang tidak perjaya diselesaikan dalam rumah tangga membuatkan pasangan lebih cenderung mencari jalan keluar dengan menjalin hubungan dengan individu lain.

“Media sosial hari ini membuatkan kita terbiasa mendapatkan sesuatu dengan cepat. Sekiranya terjadi konflik dalam rumah tangga, kita ingin pasangan pujuk dan rasa bahagia dengan cepat.

“Jika pasangan kita tidak berubah mengikut yang diinginkan, kita gantikan dengan orang yang sesuai selera kita.

“Perkahwinan itu menakjubkan, cuma kita kena hentikan mencari penyelesaian cepat yang bersifat sementara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya