Nama Fatimah Rohani tak macam artis, produksi yang minta tukar - Emma Maembong - Utusan Malaysia

Nama Fatimah Rohani tak macam artis, produksi yang minta tukar – Emma Maembong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Emma Maembong mendedahkan, dia selesa membawa nama Ismail dan Embong pada hujung namanya kerana mahu mengembangkan lagi nama keluarga terutama dalam persada seni.

Menurut Emma, dia bukannya tidak mahu membawa nama asal iaitu Fatimah Rohani sebagai nama pentas sewaktu kali pertama melangkah masuk ke dalam dunia seni hiburan.

Tetapi, katanya, dia diberi kata dua oleh orang industri supaya meletakkan nama lebih kedengaran ‘artis’ atau berbunyi lebih glamor.

“Masa mula-mula dulu, saya tak tahu yang selebriti ini kena ada nama artis. Masa saya berlakon drama pertama, produksi minta saya nama untuk diletakkan dalam TV.

“Kemudian saya pun bagilah nama Fatimah Rohani sebab memang itu nama saya. Tetapi mereka suruh saya bagi juga nama artis. ‘Pakai nama Emma lah sebab ramai yang panggil. Tapi nama belakang, tak akan Emma Rohani?” katanya.

Tambah Emma, setelah cadangan awalnya ditolak, dia kemudiannya mendapat idea untuk menggabungkan nama bapa dan datuknya.

“Fikir punya fikir, saya teringat nama ayah. Ayah saya pelukis negara, kalau sesiapa pernah pergi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan tengok lukisan sejarah Melayu, itu ayah saya yang lukiskan.

“Ayah saya akan tanda tangan dekat lukisan dan dia akan letak nama Maembong sebab nama ayah saya Ismail nama atuk saya Embong jadi dia gabungkan nama dia dengan nama datuk.

“Ia memberikan saya idea untuk guna gabungan nama itu. Sekurang-kurangnya bolehlah kembangkan lagi nama keluarga kami itu,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya