Kalau diuji, syukurlah kerana itu tanda Allah SWT sayang - Noorkumalasari - Utusan Malaysia

Kalau diuji, syukurlah kerana itu tanda Allah SWT sayang – Noorkumalasari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seniwati, Noor Kumalasari, 67, menasihatkan semua orang terutama golongan wanita supaya sentiasa kembali kepada Allah SWT sekiranya berdepan dengan sebarang ujian dalam kehidupan.

Menurut Noor, setiap ujian yang menimpa sebenarnya adalah satu cara bagaimana Allah memberikan rasa sayangnya kepada hamba-hambaNya.

“Kita sebagai wanita ini tentunya akan berdepan dengan banyak masalah,tak kisahlah yang baru kahwin atau sudah lama kahwin. Macam-macam dugaan dilalui dan seharusnya kita kena bersyukur kerana itu tandanya Allah sayang.

“Macam mana kita nak kendalikan masalah itu? Sama ada masalah dengan suami, anak atau rumah tangga, saya nasihatkan supaya sentiasalah ambil wuduk. Pastikan diri sentiasa ada wuduk dan saya sendiri dah amalkan sampailah ke hari ini.

“Kalau anda rasa stres yang betul-betul memeningkan kepala, amalkan beristighfar banyak-banyak, solat sunat dua rakaat, sujud lama-lama dan ‘bercakap’ dengan Allah,”katanya.

Tambah Noor lagi, baginya, amalan itu adalah yang terbaik kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui segala apa yang dihadapi oleh para hambaNya.

“Anggap Allah itu bak kawan baik kita. InsyaAllah, masalah itu akan pergi. Kena percaya dan yakin dengan Dia. Kalau ada masalah, jangan fikir nak bergaduh, kena banyak bersabar.

“Banyakkan beristighfar, solat dan minta dengan Allah kerana Dia Maha Mendengar,”katanya.

Selain itu, kata Noor lagi, dia juga selalu mengamalkan duduk berbincang dengan suami seandainya berdepan dengan salah faham dan sebagainya bagi menjaga keharmonian rumah tangga.

“Lumrah kalau rumah tangga ada naik dan turunnya. Mustahil tak ada bukan sebab kadangkala pertengkaran kecil itu membuatkan hubungan kita semakin kuat.

“Gaduh sikit-sikit itu biasalah… Tetapi sebelum tidur, wajib kena minta maaf dengan suami. Jangan ada ego. Setiap orang pun mesti ada buat salah, kalau dengan Allah kita mohon maaf, dengan manusia pun kita kena sentiasa bermaafan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya