Isu poligami : Ini masalah hati, bukan jenayah - Azhar Sulaiman - Utusan Malaysia

Isu poligami : Ini masalah hati, bukan jenayah – Azhar Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Azhar Sulaiman berpandangan, apa yang berlaku antara aktres Ruhainies dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz bukanlah satu jenayah tetapi melibatkan soal hati.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Azhar berkongsi paparan skrin perbualannya bersama anak perempuan, Kasih Leia Ixora.

Menerusi video tersebut, Kasih meminta bapanya itu agar menyelamatkan Ruhainies yang telah diserang netizen berikutan isu tangkapan khalwat bersama Aliff.

Permintaan tersebut berikutan Azhar pernah mememang watak sebagai bapa kepada Ruhainies dalam drama Bintang.

Azhar berpendapat apa yang terjadi adalah disebabkan masalah hati dan ianya bukan satu jenayah.

Bagaimanapun, apa yang menjadi pertikaian ramai adalah jawapan yang diberikan Azhar berhubung isu poligami.

“Tak apa Kasih, ini cuma masalah hati, bukan jenayah. Lelaki kan boleh kahwin empat,”katanya.

Susulan daripada itu, ada di antara wargamaya bersetuju dengan pendapat Azhar namun segelintir menyifatkan isu membabitkan Ruhainies dan Aliff Aziz bukanlah soal hati tetapi perbuatan mereka salah di sisi agama Islam.

“Poligami memang halal tapi yang dia buat tu maksiat. Haram disisi agama.

“Poligami sudah termaktub dalam syariat Islam. Namun tiada isteri yang sanggup berkongsi kasih.

“Kalau mampu, bulan-bulan bagi nafkah tak ada kurang apa okay,” tulis seorang lagi warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN