Ippo Hafiz fail tuntutan nusyuz - Utusan Malaysia

Ippo Hafiz fail tuntutan nusyuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz hari ini memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Fara Roslan selepas wanita tersebut tidak pulang ke kediaman mereka sejak November tahun lalu.

Ippo atau Muhammad Hafiz Yaziz, 34, menfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Ampang pada jam 9.20 pagi bersama peguam syarienya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

“Hari ini selesai sebutan pertama, saya memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri saya kerana isteri saya keluar rumah dari rumah tanpa izin sejak November tahun lalu.

“Pelbagai usaha sudah dilakukan daripada pihak saya, jadi ini adalah satu langkah yang perlu saya lakukan sebagai suami,” katanya yang ditemui selepas prosiding sebutan pertama selesai.

Dalam pada itu, Fakhrul mewakili anak guamnya berkata, prosiding seterusnya untuk permohonan tuntutan nusyuz tersebut ditetapkan mahkamah pada 23 April depan.

“Alasan pertamanya nusyuz difailkan adalah defendan (Fara) keluar dari rumah, manakala cerai difailkan oleh sebelah sana dan kami masih belum menerima saman berkenaan. Kami hanya dapat maklumat sahaja.

“Bila kami mahu failkan hak penjagaan anak-anak baru-baru ini, kita dapat maklumat pihak sana failkan cerai dan hadanah.

“Hari ini sebutan kali pertama, defendan tidak datang dan kami sudah serahkan saman pada defendan, tapi tidak hadir,” katanya.

Tambah Fakhrul lagi, pihaknya cuma menerima surat dari peguam syarie pihak defendan memaklumkan peguam juga tak boleh hadir atas alasan ada kes lain.

“Kami minta mahkamah bagi notis amaran dan mahkamah sudah bagi notis dan mengarahkan mereka hadir pada tarikh yang ditetapkan iaitu 23 April,” katanya.

Bertanya mengenai masalah rumah tangganya, Ippo enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan semua pada kebijaksanaan mahkamah untuk menyelesaikan.

“Saya serahkan kepada proses mahkamah untuk menyelesaikannya, sebab sekarang ini dia masih lagi isteri saya dan saya mahu menjaga hati serta aib keluarga saya dan keluarga isteri.

“Sebab bila kita bercakap soal ini, ia akan menyebarkan aib, jadi lebih baik kita serahkan pada mahkamah,” ujarnya.

Untuk info, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya