Dicekup JAWI, Ruhainies dakwa bukan tangkap basah - Utusan Malaysia

Dicekup JAWI, Ruhainies dakwa bukan tangkap basah

Ruhainies di majlis pelancaran 'Chor dan Chah' musim ke-2. IZZRAFIQ ALIAS / Mstar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Ruhainies mendakwa, berita mengenai tangkap khalwat antaranya dengan pelakon, Aliff Aziz yang menjadi kontroversi beberapa hari ini dalam negara bukanlah merujuk kepada isu tangkap basah.

Menurut Ruhainies dalam satu perkongsian di Instagram, dia tidak gemar ada pihak tersalah tulis dan menyebut kejadian itu sebagai kes tangkap basah kerana enggan perkara itu menjadi lebih keruh dalam kalangan masyarakat.

“Salam, ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam konten supaya tidak menimbulkan spekulasi lebih buruk, lebih mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan.

“Itu sama sekali bukan tangkap basah,” katanya.

Selain itu, pelakon drama Terjerat yang belum memberikan kenyataan rasmi itu turut meminta media tidak menulis artikel yang memberi impak negatif.

“Sehingga kini saya masih belum berikan apa-apa kenyataan. Segala yang dikeluarkan di media bukanlah ‘statement’ daripada saya dan tidak tepat.

“Saya mohon supaya media tidak menulis apa-apa yang boleh mengundang provokasi atau pun fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi daripada saya sendiri.

“Saya minta kerjasama semua pihak supaya lebih bertanggungjawab,”katanya.

Awal pagi Sabtu lalu kecoh berita tangkapan khalwat membabitkan Aliff yang juga suami pelakon Bella Astillah dengan Ruhainies.

Aliff dan Ruhainies kemudiannya dibawa ke pejabat Jawi pada awal pagi, seterusnya dibebaskan dengan jaminan sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain dalam masa terdekat.

Ruhainies dan Aliff juga dilaporkan meninggalkan pekarangan pejabat Jawi kira-kira pukul 2 petang, Sabtu lalu.

Selepas itu, dalam hantaran media sosial mereka berjanji akan memberikan kenyataan lanjut berhubung kontroversi berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya