Che Ta elak bercakap dengan suami orang di set penggambaran - Utusan Malaysia

Che Ta elak bercakap dengan suami orang di set penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti sensasi, Rozita Che Wan atau Che Ta, mengakui dia lebih selesa untuk meletakkan sempadan dengan pelakon lelaki yang bergelar suami orang ketika di set penggambaran bagi mengelakkan salah faham.

Menurut Che Ta, tindakan itu telah dilakukan sejak dia bergelar ibu tunggal dan ketika mula menggalas kerjaya sebagai seorang selebriti.

“Waktu saya masuk industri lakonan, saya berstatus janda. Jika berlakon dengan suami orang, saya tidak akan berbual sangat di set penggambaran,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Che Ta berkata demikian bagi mengulas mengenai isu penyondol dalam kalangan selebriti tempatan.

Tambahnya lagi, orang ketiga dalam rumah tangga selalunya individu terdekat yang mengetahui kehidupan keluarga lelaki berkenaan.

“Selalunya, wanita yang akan menyakiti hati wanita lain. Kebanyakan orang yang rapat dengan kita akan rampas hak kita kerana mereka tahu kehidupan, kebaikan dan harta suami kita.

“Pesan saya, hati-hatilah. Sebab itu saya tiada kawan perempuan,” jelasnya.

Menurut Che Ta lagi, dia bersetuju sekiranya penyondol diboikot netizen daripada muncul di kaca televisyen.

“Dalam hal ini (curang), lelaki dan perempuan, kedua-duanya salah. Saya setuju kalau warganet nak boikot penyondol,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya