Bulan puasa ini jagalah lisan dan pandangan - Aprena Manrose - Utusan Malaysia

Bulan puasa ini jagalah lisan dan pandangan – Aprena Manrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :Pelakon, Aprena Manrose, menasihati golongan warganet supaya sentiasa menjaga lisan dan pandangan terutama di kala umat Islam kini sedang menjalani ibadah puasa kini.

Menurut Aprena, teguran itu dibuat kerana dia melihat segelintir individu gemar mengutuk orang lain secara terbuka di media sosial.

Menurut Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, sepatutnya pada bulan Ramadan orang ramai berlumba-lumba melakukan amal ibadat dan bukannya melemparkan kata-kata pedas yang memburukkan lagi keadaan.

“Saya nak tegur sikir boleh? Bila saya terbaca komen hantaran dalam media sosial, seram betul dengan ayat-ayat netizen terpaling tahu semua benda.

“Ya Allah, sekarang kan bulan Ramadan bulan yang mulia. Lebih baik fikirkan amalan kalian daripada sibuk jaga tepi kain orang,” katanya dalam Instagram, semalam.

Selain itu, adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu turut berkongsi tip mengelak menjaga tepi kain orang demi hidup lebih tenang. Nak bagi tip, tambahlah amalanmu dengan membaca al-Quran.

“Ada faedahnya juga, hati pun tenang. Sebenarnya saya cakap ini pun untuk peringatan diri sendiri,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya