Bercuti di Bali bersama bekas isteri, Sha'rin kotakan janji demi anak-anak - Utusan Malaysia

Bercuti di Bali bersama bekas isteri, Sha’rin kotakan janji demi anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas suami kepada pelakon dan pengacara Yasmin Hani, Sha’arin Razali memohon pengikut dan warganet supaya tidak salah faham dengan tindakannya bercuti dengan anak-anak termasuk bekas isteri ke Bali Indonesia baru-baru ini.

Menurut Sha’rin, meskipun telah bercerai, dia dan Yasmin masih mengekalkan hubungan baik sebagai sebuah keluarga demi kebaikan anak-anak mereka.

“Tak usah ribut. Kami tetap kawan, untuk kebaikan anak-anak, tidak lebih daripada itu.

“Kami pergi bercuti sebagai satu keluarga kerana atas permintaan anak-anak kami yang sudah lama memintanya,”katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Sha’arin turut memberitahu dia juga sedar bahawa bekas isterinya itu sudah memiliki teman istimewa kini.

“Kami akan selalu menjadi ibu bapa kepada Eissa dan Noah dan perkara itu tidak akan pernah berubah, jadi ini bermaksud kami akan kekalkan hubungan yang baik dan beradab sesama kami berdua.

“Lagipun, saya hormat yang Hani sudah berpunya dan saya tetap akan single,”katanya.

Untuk rekod, Yasmin dan Sha’arin pernah mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya