Allahyarham Yasmin Ahmad tak pernah tinggal solat - Sharifah Amani - Utusan Malaysia

Allahyarham Yasmin Ahmad tak pernah tinggal solat – Sharifah Amani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melakukan tiga bulan persediaan dan menjaga waktu solat adalah kunci kejayaan naskhah sutradara terkenal, Allahyarham Yasmin Ahmad.

Perkara itu dikongsikan pelakon, Sharifah Amani yang merupakan individu terdekat dengan Pengarah Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22 itu sewaktu Allahyarham masih ada.

“Ramai yang tanya saya soalan apa rahsia filem-filem Yasmin begitu diingati? Sebenarnya, dia seorang yang tidak pernah tinggal solat dan begitu mencintai Allah. Semuanya dicerminkan dalam filemnya seperti Muallaf, menggambarkan seorang yang sangat pemaaf.

“Selain berlakon, saya juga salah seorang kru untuk filem Talentime. Kami akan berhenti sekejap semasa penggambaran untuk solat dan ada khemah khas disediakan.

“Saya tidak pernah mempunyai pengalaman bekerja seperti itu bersama sutradara lain,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, kata Amani, Yasmin merupakan seorang pemerhati yang baik di samping mempunyai ilmu psikologi yang menguatkan naskhahnya.

“Pada saya, ilmu psikologi juga memberi kelebihan untuknya mengolah naskhah dan tenang di set.

“Pernah ada satu ketika hujan turun di set, kami sudah gelabah kerana akan menjejaskan scene. Tapi dia tenang dan ucap Alhamdulillah.

“Begitu juga ada babak orang solat di dalam masjid yang kosong. Tiba-tiba ada seekor burung masuk ke dalam frame, seolah-olah menemani orang itu solat.

“Momen itu dirakam dalam kamera. Semua yang indah terjadi dengan sangat bersahaja,” tambahnya.

Walaupun sudah 15 tahun Yasmin meninggal dunia, Amani berharap agar generasi hari ini akan dapat menghargai naskhah yang pernah dihasilkan.

“Sewaktu hayatnya, Yasmin pernah digelar sebagai pencemar budaya, siap keluar televisyen dan dibincangkan di forum.

“Kini, selepas pemergian, barulah karyanya diangkat kerana melambangkan identiti Malaysia. Ia juga turut diajar di universiti.

“Semoga di masa hadapan, kita akan lebih menghargai keseniaan dan tidak sewenang-wenangnya menghencap naskhah hanya kerana mahu mengikut trend semata-mata,” katanya.

Untuk rekod, Yasmin Ahmad menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 2009 akibat pendarahan teruk di otak.

Yasmin rebah ketika membentangkan kertas kerja Sri Pentas, sebuah stesen televisyen swasta sebelum dikejarkan ke hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya