KUALA LUMPUR: Rentetan kontroversi khalwat membabitkan Ruhainies bersama aktor, Aliff Aziz, sebuah jenama kecantikan terkemuka bertindak nekad mengaburkan wajah pelakon tersebut pada satu video promosi produk mereka.
Tindakan tersebut menjadi bualan ramai terutama dalam kalangan warganet yang menyifatkan pasukan pemasaran produk tersebut melakukan tindakan yang sewajarnya terhadap pelakon tersebut.
Iklan Ramadan berdurasi beberapa saat itu turut memaparkan pelakon, Hisyam Hamid serta penyanyi, Wany Hasrita yang menjadi jurucakap produk tersebut.
Bagaimanapun, hanya wajah Ruhainies sahaja yang dikaburkan dipercayai gara-gara kontroversi yang sedang bertebaran dan tular kini.
Tindakan pihak jenama dan pemasaran produk Korea tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi dari warganet dengan ada antaranya termasuk golongan selebriti.
Pelakon, Edika Yusof menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak profesional memandangkan tugasan telah pun selesai dilakukan pelakon terbabit.
“This is unprofessional ,job done. Apa pun jadi, itu adalah kehiduoan peribadinya. Macam mana awak boleh tutup rezeki orang? Mahkamah belum jatuh apa-apa lagi kita dah hukum. Adakah ini disuruh Islam?
“Kita patut betulkan yang salah bukan menghukum. Tolonglah, ini bulan Ramadan jangan tambah dosa,”katanya.
Selain itu, turut memberi respons adalah penyanyi. Adzrin Adzhar yang menyifatkan ia sebagai satu strategi pemasaran yang menarik.
” Marketing menarik. Sebab prospek mereka ialah warganet. Bila dia kaburkan, berduyun-duyun netizen kongsikan rasa bahagia tapi jenama itu dapat promosi percuma. Jadi, dari prospek kepada pembeli yang berpotensi, busuk-busuk pun dapatlah antara lima hingga 10 peratus daripada jumlah yang tular,”katanya.