AJL38 ; Aina Abdul ‘menjelma’ sebagai pokok di musim luruh - Utusan Malaysia

AJL38 ; Aina Abdul ‘menjelma’ sebagai pokok di musim luruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Aina Abdul menggegarkan Axiata Arena Bukit Jalil apabila menjelma sebagai akar pokok dalam suasana bak musim luruh menerusi lagu berjudul Jangan Mati Rasa Itu di pentas Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), malam tadi.

Aina yang memakai busana rekaan Melinda Looi dan ditata gaya oleh Abu Shaef Hamza turut menampilkan reka pentas berteknologi apabila pokok hiasan di pentas tersebut bergerak seiring dengan dedaunan luruh.

Persembahan tersebut disifatkan sebagai luar biasa dan mengagumkan oleh penonton dan warganet yang sentiasa menantikan kelainan daripada penyanyi yang pernah menyandang gelaran Juara Lagu tahun lalu.

Bahkan, sebelum persembahan dimulakan, Aina juga menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang berada di ruang Axiata Arena.

Tahun lalu, Aina membawakan persembahan bertemakan awan menerusi lagu Terus Hidup selain pernah tampil dengan persembahan berdarah yang mencetuskan kontroversi pada AJL34.

AJL 38 bersiaran langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil dengan membawakan tema Muzikaverse, gabungan Muzik dan Multiverse.

Pentas akhir AJL38 menyaksikan 12 buah lagu berentap untuk merangkul gelaran juara yang membawa pulang RM100,000 dan trofi.

Malam anugerah juga menyaksikan gandingan dua ikon pengacara berkarisma iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar manalala segmen Karpet Merah dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya