Trisha Ooi enggan diingati kerana imej seksi - Utusan Malaysia

Trisha Ooi enggan diingati kerana imej seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Trisha Ooi, menaruh harapan besar agar naskhah Janna Endoro mampu mengubah pandangan penonton mengenai mutu lakonannya lantaran enggan diingati dengan imej seksi.

Ini kerana, kata Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 25, dia ingin menunjukkan kebolehannya dalam seni mempertahankan diri melalui penglibatannya dalam sebuah filem aksi seperti Janna Endoro.

“Saya sangat berharap filem ini bukan menutup kesalahan dan pandangan (imej seksi) sebelum ini. Saya mahu orang buka mata dan lihat apa yang ingin saya tonjolkan dalam lakonan iaitu seni bela diri.

“Saya bermula dalam bidang ini sebagai seorang pelakon lagak ngeri. Jadi saya harap keunikan ini akan diberi lebih perhatian berbanding keburukan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Trisha mengulas mengenai dirinya yang pernah menjadi bahan bualan kerana tampil berkemban ketika membawakan watak ‘comfort woman’, Sui Li, dalam filem Pagari Bulan, tahun lalu.

Sementara itu, bercakap mengenai cabaran melakonkan watak Janna, Trisha mengakui janggal membawakan karakter seorang isteri.

“Saya tidak pernah mempunyai suami dan tidak pernah bercinta. Jadi sukar sedikit untuk menjiwai watak seorang isteri.

“Mujurlah dalam filem ini saya dipadankan dengan Pekin Ibrahim. Di set penggambaran, dia sudah seperti abang dan banyak membantu saya,” katanya.

Janna Endoro menceritakan kisah seorang wanita yang bangkit membalas dendam selepas anaknya diculik oleh sekumpulan samseng lantaran suaminya yang gemar berhutang.

Filem arahan Sham Jr. ini sudah mula menemui penonton sejak 22 Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya