Tak bertanding di AJL38, Jamal Abdillah akui ralat - Utusan Malaysia

Tak bertanding di AJL38, Jamal Abdillah akui ralat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah, mengesahkan telah menarik diri daripada pertandingan berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) sekali gus terpaksa menghampakan peminat-peminatnya.

Menurut Jamal, ketika dihubungi Utusan Malaysia, keputusan tersebut terpaksa dilakukannya dia berikutan terikat dengan komitmen lain.

“Betul, saya tarik diri AJL38 sebab ada acara yang telah diatur sebelumnya.

“Acara itu telah dipersetujui lebih awal dan saya tidak dapat menolaknya,” kata Jamal.

Selain terpaksa menarik diri kerana terbabit dengan program lain, dia yang sepatutnya membawakan lagu Kucuma bersama rakan duet, Wany Hasrita mengakui ada beberapa sebab lain yang lebih besar, namun memilih untuk tidak memberitahu kepada umum.

“Selain kerana terbabit dengan program lain, ada beberapa sebab lebih besar yang saya tidak boleh kongsikan,” ujarnya.

Pada masa sama, Jamal turut mengakui sedikit ralat kerana tidak dapat berada di pentas AJL38 dan beraksi menyanyikan lagu Kucuma bersama wany Hasrita.

“Saya rasa ralat juga tak dapat menyertai AJL38. Antara artis muda, ada terselit saya pula. Tapi tidak mengapa, bukan rezeki saya,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal enggan memberikan komen apabila disoal tentang ketiadaan wajahnya dalam video promosi AJL38 yang tular dalam media sosial.

“Tentang ketiadaan wajah saya dalam video promosi AJL38, saya tidak boleh komen apa-apa.

“Kalau tak ada (wajahnya), maksudnya tak adalah,” katanya.

Terdahulu, tular dalam aplikasi X apabila netizen mempersoalkan ketiadaan wajah penyanyi legenda itu dalam video promosi AJL38.

Kucuma yang bakal bertanding di pentas AJl38 pada 3 Mac hadapan merupakan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh komposer dan penulis lirik A. Ramlee dan Ezra Kong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya