Stesen televisyen pangkah Azri Iskandar? - Utusan Malaysia

Stesen televisyen pangkah Azri Iskandar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Azri Iskandar, mendakwa dia kurang mendapat tawaran berlakon berikutan namanya ditolak tanpa sebab oleh stesen televisyen.

Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 56, berkata, dia bercadang untuk bersemuka dengan pihak stesen bagi menuntut penjelasan.

“Sebenarnya ada tawaran, tapi bila hantar nama ke stesen televisyen mereka tidak luluskan.

“Hairan dan nak tahu juga mana satu lakonan saya yang tidak bagus?

“Saya mahu minta penjelasan dengan pegawai stesen jika berpeluang dan tanya apa ciri-ciri pelakon yang mereka pilih?,” katanya.

Azri berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana filem Janna Enduro, di Kota Damansara, semalam.

Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu bagaimanapun menafikan namanya digugurkan kerana kontroversi.

“Saya tak rasa sebab kontroversi kerana ia berlaku tahun lepas. Sudah lama.

“Sedangkan ketika (kontroversi) itu pun saya dapat banyak tawaran. Cuma sekarang tiada,” katanya yang tidak mempunyai pendapatan lain selain berlakon.

Dalam pada itu, menurut Azri lagi, anak dan bekas isterinya, pelakon, Ellie Suriaty, maklum akan keadaan dirinya.

“Elly buat masa sekarang tidak menghubungi saya.Tapi biasanya jika saya perlu bantuan dia akan tolong.

“Cuma ada kawan-kawan yang tanya mengenai keadaan saya,” katanya.

Kali terakhir Azri menerima tawaran berlakon ialah filem Ulek Mayang pada tahun lalu, namun penggambaran ditangguhkan kerana banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya