Sharifah Amani umum kini sedang berbadan dua - Utusan Malaysia

Sharifah Amani umum kini sedang berbadan dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon, Sharifah Amani, 38, mengumumkan berita kehamilannya kepada pengikut di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon filem Sepet itu berkongsi momen-momen indah ketika memecahkan berita gembira tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan baiknya.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Lebih manis, video itu sengaja dimuat naik sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Ahmed Faris hari ini.

Ruangan komen dihujani dengan doa dan ucapan tahniah daripada warganet.

“Syukur Alhamdulillah, sangat gembira untuk kalian berdua,” tulis pelakon Sazzy Falak.

“Alhamdulillah,” kata Dynas Mokhtar.

“Ini video yang sangat manis, tahniah,” kata pengguna yang lain.

Amani mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated pada 10 September 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya