Selena Gomez didakwa curi gambar konsert kumpulan Girls' Generation - Utusan Malaysia

Selena Gomez didakwa curi gambar konsert kumpulan Girls’ Generation

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi pop terkenal, Selena Gomez, didakwa memuat naik gambar yang salah sempena ucapan hari kekasih buat peminatnya.

Selena berkongsi gambar kononnya memaparkan keadaan semasa konsert jelajah Revival, sekitar tahun 2016 dengan tulisan ‘Selenators’.

Bagaimanapun, terdapat pihak yang mendakwa gambar yang dimuat naik itu bukanlah daripada konsert Selena sebaliknya konsert artis kumpulan Korea Selatan, Girls’ Generation (SNSD).

Para peminat SNSD yang dipanggil SONE mendakwa gambar asal tersebut diambil daripada video YouTube, 2MinJinkJongKey dengan tajuk ‘Who The Hell Is Girls’ Generation’.

Video asal tersebut dimuat naik pada 4 November 2013 memaparkan lautan peminat memegang ‘lightstick’ khas SNSD berwarna merah jambu.

“Memalukan. Selena memuat naik gambar di konsert SNSD tapi bercakap tentang konsertnya,” tulis satu peminat.

“Tak ada satu pun penonton dalam gambar ini peminat Selena. Semuanya ialah SONE,” kata pengguna yang lain.

Selena bagaimanapun mengehadkan kebenaran untuk menurunkan komen di gambar berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya