Saya tak buka cerita, kenapa dia dedah kepada umum? - Hun Haqeem - Utusan Malaysia

Saya tak buka cerita, kenapa dia dedah kepada umum? – Hun Haqeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pelakon, Hun Haqeem, 26, mengakui terkejut apabila bekas pengurusannya, MIG dan penerbit, David Teo mendedahkan mengenai kes saman berjumlah lebih RM600,000 membabitkan isu penamatan kontrak lebih awal.

Menurut Hun, sebelum ini dia memilih untuk tidak mengeluarkan kenyataan atas sebab tersendiri namun mempersoalkan kenapa perkara itu perlu dihebahkan kepada umum.

“Saya terkejut juga kerana kes ini dah berjalan sejak 2020. Semasa pusingan pertama dan keputusan memihak kepada saya, saya pun tak ada buat apa-apa kenyataan sebab ia berbalik kepada matlamat saya untuk menjaga nama baik industri.

“Bila tiba-tiba ia keluar, saya tertanya-tanya juga kenapa ia muncul semula,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada sidang media tayangan perdana program Ramadan Astro, di sini, hari ini.

Selain itu, Hun juga terbuka untuk berdamai dan menyelesaikan perkara itu secara profesional.

“Saya pun, semasa di mahkamah, kalau David ada, saya salam. Saya okay sahaja dengan dia. Tak ada menyimpan dendam atau apa sebab dunia ini kecil sahaja. Saya tak mahu buat benda tak baik kepada orang kerana kita akan berjumpa semula.

“Kita semua mesti nak selesaikan benda ini dengan baik. Apa sahaja perintah mahkamah, saya turutkan. Saya tak pernah mengelak atau apa,” katanya.

Selain itu, jelas Hun, dia juga enggan memanjangkan perkara ini bagi memastikan kesihatan mentalnya terjaga.

“Sebelum ini, saya pernah kongsikan mengenai kesihatan mental yang terganggu. Sewaktu PKP, kita tak boleh buat apa-apa dan pada masa sama, dapat saman.

“Sedikit sebanyak rasa terkilan sebab saya cuma nak mengharumkan nama industri sebab ada banyak potensi. Kita ada banyak platform dan sebagainya.

“Tapi, hujung-hujung, kita menikam sesama sendiri sedangkan boleh bantu naikkan satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, penerbit, David mendedahkan mengenai kemenangannya atas kes saman terhadap Hun dan pelakon itu diperintahkan membayar sejumlah ganti rugi sebanyak RM613,950.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya