Saya bukan kedekut, tetapi bersalin di hospital swasta mahal - Tom

Saya bukan kedekut, tetapi bersalin di hospital swasta memang mahal – Tom

tom
Tom dan Fuad Rahman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Tom, mengakui tidak kisah untuk melahirkan anaknya di hospital kerajaan meskipun sedar ramai kalangan selebriti lain memilih hospital swasta popular untuk bersalin.

Menurut Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, keputusan itu dirasakan lebih rasional memandangkan kos melahirkan anak di hospital kerajaan juga lebih menjimatkan.

Malah, katanya, kesemua anak-anaknya sebelum ini juga dilahirkan di pusat perubatan kerajaan.

Malah, dia akui dapat berjimat memandangkan kos rawatan di situ lebih murah berbanding hospital swasta.

“Pada saya mana-mana hospital sama sahaja. Di hospital kerajaan pun saya boleh minta epidural. Malah saya sudah biasa bersalin di hospital kerajaan, anak-anak saya yang sebelum ini semua hospital kerajaan.

“Saya sayang duit, beza swasta dan kerajaan bukan beza sedikit tapi banyak. Saya pernah periksa kalau bersalin normal di swasta harganya RM6,000 hingga RM7,000.

“Dulu, saya pernah duduk lima hari bersalin dekat hospital kerajaan siap dapat epidural bayar RM24 sahaja. Rasa sakit sama sahaja,”katanya.

Jelas Tom, setakat ini, dia juga tidak pernah berdepan dengan situasi layanan yang kurang memuaskan daripada kakitangan di hospital kerajaan.

“Layanan hospital kerajaan pun bagus. Saya bukan nak kedekut, tetapi saya rasa duit itu boleh guna untuk keperluan lain seperti barang-barang bayi. Duit nak cari bukan senang,”katanya.

Tom berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok semalam.

Dalam pada itu, Tom berkata suaminya, Fuad Rahman ada mengeluh dan memintanya untuk bersalin di hospital swasta namun selepas berbincang akhirnya kedua-dua mereka mencapai kata sepakat.

“Fuad adalah juga mengeluh cakap tak boleh nak teman saya sepanjang kena tahan di wad, tetapi saya cakap dengan dia dan berbincang, beritahu saya okay sahaja. Yang penting masa saya nak meneran anak, dia ada di sisi,”katanya.

Sementara itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ke-9 ini juga mendedahkan ada menerima mesej daripada pengikutnya yang bertanyakan mengapa tidak memilih hospital swasta sedangkan dia seorang selebriti.

“Kadang-kadang ada juga yang mesej saya tanya kenapa saya artis tetapi bersalin di hospital kerajaan, saya jawab artis pun boleh apa beranak dekat kerajaan?”katanya.

Untuk info, Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Tom hamil anak pertama mereka pada Jun 2023.

Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu manakala Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN