Rumah tangga berantakan? Irma Hasmie kunci mulut - Utusan Malaysia

Rumah tangga berantakan? Irma Hasmie kunci mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya minta maaf sebab kalau boleh tak nak komen langsung mengenai perkara itu.”

Demikian jawapan pelakon dan pengacara Irma Hasmie, 42, berhubung khabar angin kemelut rumah tangga bersama suaminya, Redza Syah Azmeer.

Pemilik nama lengkap, Irma Hasmie Ibrahim itu berkata, umum tidak seharusya terus membuat andaian dan mencetus spekulasi dengan hanya berdasarkan satu hantaran di media sosial.

“Sejujurnya, saya pilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai hal peribadi. Saya pilih sebegitu, jadi saya minta maaf.

“Kita mudah untuk menilai, jadi saya harapkan apa sahaja hantaran di media sosial tidak dikaitkan dengan apa sahaja perkara peribadi.

“Saya tak sebut atau jelaskan apa-apa.. Mungkin juga hantaran tentang perkara lain. Saya hanya berkongsi dan jangan menilai apa-apa. Saya baik sahaja sekarang,” katanya.

Pelakon itu ditemui pada majlis pengiktirafan Ratu Rock Negara, Ella atas komitmen dalam menyebarluaskan kepentingan kesihatan hormon oleh Skyhill Clinic di The Colony KL Eco City di sini, hari ini.

Terdahulu, nama aktres menjadi bualan ramai susulan satu perkongsian di Instagram (IG) miliknya yang seakan-akan memberi bayangan mengenai isu rumah tangga sedang bergelora.

Dalam perkongsian itu, Irma memuat naik pesanan kepada seorang suami mengingatkan mengenai pengorbanan dilakukan oleh isteri dalam sesebuah perkahwinan.

Dalam pada itu, Irma juga tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang persepsi negatif umum.

“Saya tak nak komen apa-apa. Bukan apa, nanti kenyataan itu boleh menimbulkan lagi pelbagai persepsi negatif daripada orang ramai yang mungkin tak tahu.

“Daripada orang tak bercerita, nanti akan jadi buah mulut orang dan banyak berkait dengan perkara lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya