Pernah terfikir untuk duduk rumah dengan bergelar Datin - Atikah Suhaime - Utusan Malaysia

Pernah terfikir untuk duduk rumah dengan bergelar Datin – Atikah Suhaime

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Datin Atikah Suhaime mengakui sebelum ini pernah terfikir untuk sekadar duduk di rumah apabila bergelar Datin namun sikapnya yang gemar mengutamakan kerja membuatkannya terpaksa melupakan keselesaan hidup seperti itu.

Menurut Atikah, sebagai wanita, dia pernah bercita-cita untuk menjadi suri rumah sepenuh masa apabila sudah berkahwin namun menganggap kehidupan seperti itu tidak sesuai dengan dirinya.

“Pada mulanya memang saya pernah terfikir untuk duduk rumah dengan gelaran datin tetapi sebenarnya saya tak sesuai dengan perkara sebegitu.

“Saya jenis sentiasa nak bekerja. Saya tidak kisah pun dengan kehidupan begini dan bagi saya semua wanita boleh berjaya dalam apa jua mereka lakukan tak kiralah sebagai suri rumah atau apa sahaja kerjaya,” katanya.

Malah, artis kelahiran Singapura itu juga tidak menolak dia pernah meletakkan kekayaan sebagai keutamaan sebelum berkahwin namun pemikiran tersebut berubah selepas mendirikan rumah tangga.

“Ya, pada awalnya memang fikir tentang harta benda tetapi lama kelamaan selepas mengenali lebih mendalam, semuanya berubah, tanpa harta pun saya boleh hidup dengan dia,” tuturnya.

Dalam pada itu, Atikah berkata, gelaran Datin yang dipegang kini membuatkan dia mahu melakukan pelbagai perkara kebaikan untuk masyarakat bagi memastikan status tersebut layak dimilikinya.

“Datin adalah satu gelaran yang terhormat dan saya masih banyak kekurangan untuk memilikinya.

“Jadi, apabila sudah dapat gelaran itu, mungkin saya perlu lakukan sesuatu untuk menjadikannya lebih bermakna seperti banyak menderma atau beri sesuatu kepada masyarakat.

“Kalau dari aspek bisnes, mungkin boleh jual sesuatu dengan harga mampu milik supaya semua boleh membelinya,”katanya.

Terdahulu, Atikah selamat mendirikan rumah tangga dengan Lukman yang merupakan ahli perniagaan dalam satu majlis tertutup di Cornerstone IPC, Kuala Lumpur pada 21 Januari lalu.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Atikah, Mohd Suhaime Mohd Jamali dan Lokman menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 buat isterinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya